SHAH ALAM, 16 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hadir memeriahkan rumah terbuka Majlis Mesra Aidilfitri 2022 dan Rapat Mega #kitasemuakeadilan cabang Shah Alam hari ini.
Kira-kira 400 tetamu turut hadir ke Dewan Jenjarom Seksyen 11 di sini, yang terdiri dalam kalangan anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan penduduk sekitar.
Calon timbalan presiden KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli juga hadir meriahkan majlis.
Rumah terbuka itu bukan sahaja dihadiri umat Islam malah kaum lain turut sama berkunjung bagi memeriahkan majlis.
Pelbagai jenis juadah raya disediakan antaranya sate, ketupat, nasi himpit, kuah kacang, laksa dan ais batu campur.
Rumah terbuka itu bertujuan menyantuni penduduk sekitar Shah Alam selain memperkenalkan calon bertanding dalam Pemilihan KEADILAN 2022.