Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kiri) bertemu peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 19 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Negeri mampu laksana saringan percuma, beli vaksin di sebalik krisis ekonomi

KUALA SELANGOR, 20 MEI: Selangor mampu menawarkan pelbagai inisiatif tambahan kepada rakyat di sebalik krisis ekonomi ketika Perintah Pawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif tersebut meliputi saringan percuma yang dijalankan di seluruh negeri dan Vaksin Selangor (Selvax) seperti disaran Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

“Inisiatif yang dilaksanakan ini sebagai nilai tambah kepada pelan tindakan kerajaan pusat demi menjamin kesihatan rakyat.

“Ia satu cabaran besar bagaimana selaras arahan dan tindakan bagi pelaksanaan inisiatif itu. Namun, kita mampu buat lebih 177,000 saringan untuk mengesan jangkitan serta segera asingkan individu positif.

“Kita juga beli vaksin sendiri untuk percepatkan imuniti kelompok. Dalam tempoh sebulan setengah, kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat termasuk anak-anak meningkat kepada lebih 95 peratus,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Terminal Bas Bandar Melawati di sini, hari ini yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Beliau berkata pelaksanaan inisiatif terbabit membuktikan kesungguhan dan kematangan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan mengetepikan soal politik.

“Inilah dipanggil kematangan dalam pentadbiran. Kita boleh memilih untuk bersengketa setiap masa, menggapai kehendak politik.

“Kerajaan Negeri bersikap matang dan menggabungkan usaha kerajaan pusat untuk selaras perkara ini (saringan dan vaksin). Ini juga resipi kenapa dalam tempoh dua tahun, kita masih mampu mencatat hasil melebihi sasaran,” katanya.


Pengarang :