Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan ketika menziarahi keluarga arwah pemain pasukan Selangor FC, Muhammad Husni Idrus di Kampung Sungai Kertas, Gombak pada 31 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB santuni keluarga pemain Skuad Piala Presiden Selangor meninggal dunia

GOMBAK, 31 MEI: Dato’ Menteri Besar melawat keluarga pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022, Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia minggu lalu.

Kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari disambut bapa Allahyarham, Idrus Firdaus dan ibunya Apridah Mohd Arusman.

Selain bertanya khabar, Amirudin turut menyerahkan sumbangan wang ihsan bagi meringankan beban keluarga.

Muhammad Husni, 21, ditemukan terbaring berhampiran tandas medan selera di Sunway X Park, Petaling Jaya pada 9.58 malam, 25 Mei lalu.

Sebelum kejadian, pemain penyerang itu beraksi menentang pasukan Johor Darul Ta’zim III di Padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kelana Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan Muhammad Husni dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma.


Pengarang :