Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas penangguhan sesi sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 21 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Tiada kenaikan cukai taksiran di Selangor

SHAH ALAM, 5 MEI: Dato’ Menteri Besar menegaskan bahawa tiada kenaikan cukai taksiran di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi merangsang dan merancakkan ekonomi.

“Ini untuk memastikan langkah pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya menerusi Facebook.

Pada 28 April, EXCO kerajaan tempatan memaklumkan Kerajaan Negeri tidak akan membenar atau meluluskan sebarang kenaikan cukai taksiran membebankan rakyat terutama dalam tempoh pasca pandemik.

Ng Sze Han berkata sehubungan itu tarikh penguatkuasaan nilaian baharu dibuat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) belum diputuskan.

Pada November tahun lalu, yang dipertua MPKj memaklumkan pihaknya bercadang menaikkan kadar cukai taksiran pada 2023.

Najmuddin Jemain berkata kadar kenaikan dicadangkan adalah tidak melebihi RM20 untuk penduduk yang tidak membuat pengubahsuaian kediaman.


Pengarang :