Ketua Tanggungjawab Sosial Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berckap kepada Media Selangor selepas menyampaikan hamper kuih raya sumbangan MBI kepada guru dan murid orang asal di Sekolah Kebangsaan (A) Bukit Kemandol, Kuala Langat pada 23 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI anjur program khas bantu pelajar aktifkan kad SIM percuma

KUALA LANGAT, 23 MEI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan mengadakan program khas kepada pelajar yang belum mengaktifkan lagi kad modul pengenalan pelanggan (SIM).

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata pihaknya mendapati masih terdapat sebahagian daripada golongan itu belum mengaktifkan kad SIM yang diberi secara percuma melalui inisiatif Data Internet Selangor.

“Kita akan teliti mengapa mereka belum berbuat demikian. Mungkin tiada peranti atau tidak mengetahui cara pengaktifan.

“Program khas ini dianjurkan bersama penyelaras sekolah dengan mengumpulkan semua pelajar supaya pendaftaran dapat dibuat,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Pada 4 Ogos tahun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menerima kad SIM dilengkapi data internet percuma selama 12 bulan.

Selain pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menyasar peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor.

Turut menerima manfaat ialah pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.


Pengarang :