Ketua Tanggungjawab Sosial Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan hamper kuih raya kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol Anuwar Arshad di Kuala Langat pada 23 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI santuni warga sekolah Orang Asli, hulur sumbangan hari raya

KUALA LANGAT, 23 MEI: Seramai 82 guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol menerima sumbangan biskut raya daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata inisiatif tersebut antara usaha pihaknya untuk menyemarakkan perayaan Aidilfitri bersama warga sekolah serta Orang Asli.

“Sebelum ini kita agihkan kit ujian kendiri Covid-19 kepada sekolah Orang Asli, tetapi disebabkan kekangan masa kita menukarnya kepada biskut raya.

“Biskut raya ini juga dibeli daripada Wanita Berdaya Saing (WBS) yang secara tidak langsung membantu menjana ekonomi golongan wanita,” katanya ditemui pada program tersebut.

Ahmad Azri berkata pihaknya akan menyantuni beberapa buah sekolah Orang Asli serta menyampaikan sumbangan dalam tempoh terdekat.

“Program ini dianjurkan sebahagian daripada usaha supaya golongan ini tidak dipinggirkan kerana mereka juga membantu dalam menjana ekonomi negeri.

“Malah, kita akan terus bekerjasama dengan Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk membantu memasarkan produk mereka,” katanya.


Pengarang :