Anggota penguat kuasa menyita barang peniaga yang tidak mematuhi undang-undang. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

MPKS tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun mulai 1 Jun

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengumumkan tawaran pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus kepada orang ramai mulai 1 Jun ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, tawaran selama sebulan sehingga 30 Jun ini membabitkan pelbagai kesalahan di bawah bidang kuasa MPKS.

MPKS berkata, tawaran itu bertujuan menggalakkan orang ramai menjelaskan bayaran kompaun yang dikeluarkan oleh PBT itu.

“Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat – Citizen E-Payment dan aplikasi PBTPay.

“Selain itu, pembayaran secara terus juga boleh dibuat setiap isnin hingga jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang di ibu pejabat MPKS dan kaunter pandu lalu MPKS,” katanya di Facebook.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi unit perundangan MPKS di talian 03-32897385 sambungan 30.


Pengarang :