AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Negeri rekod pelaburan berpotensi RM960.7 juta di Dubai, 158 padanan niaga

SHAH ALAM, 20 MEI: Selangor merekodkan nilai pelaburan berpotensi sebanyak RM960.7 juta sepanjang promosi Minggu [email protected] Ekspo 2020 Dubai pada 6 hingga 12 Mac lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ekspo berkenaan turut meraih 158 padanan perniagaan dan 92 potensi kerjasama perniagaan dalam pelbagai sektor.

“Pencapaian ini mencerminkan keyakinan dunia perniagaan terhadap negeri ini,” katanya dalam kenyataan di Twitter rasminya hari ini.

Sebelum ini, EXCO pelaburan memaklumkan sebanyak lima kluster berteraskan industri diperkenal dan dipromosi sepanjang ekspo berkenaan.

Dato’ Teng Chang Khim berkata ia meliputi elektrik dan elektronik, bioteknologi, aeroangkasa, mesin dan peralatan serta makanan dan minuman.


Pengarang :