Anggota polis meninjau kediaman salah seorang penduduk di Kampung Periuk, Kuala Lumpur yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak pagi pada 25 Mei 2022. Foto Facebook Polis KL
AGENDANASIONAL

Negeri sedia talian khas bantu mangsa banjir

SHAH ALAM, 25 MEI: Penduduk Selangor yang berdepan kecemasan akibat banjir dan memerlukan bantuan segera diminta menghubungi Pusat Operasi C5i Smart Selangor.

Smart Selangor berkongsikan tujuh talian yang boleh dihubungi selain pautan Twitter untuk laporan atau aduan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Antara pautan Twitter yang dikongsikan ialah milik Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, pihak berkuasa tempatan dan pusat pentadbiran rasmi negeri (SUK).

Hujan lebat berterusan sejak pagi tadi menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu kota ditakungi air antaranya Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh.

Selain itu, turut terkesan ialah Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail/ Ampang dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.

Lokasi lain ialah Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi sementara di Selangor antara yang terkesan ialah Sekinchan.

 

 


Pengarang :