Anggota polis menyuraikan aliran trafik memasuki Melaka sempena Op Selamat 18 ketika tinjauan pada 4 Mei 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Op Selamat: Cuai, guna telefon ketika memandu antara punca kemalangan

SHAH ALAM, 10 MEI: Kecuaian dan tidak fokus terhadap pemanduan antara punca utama kemalangan yang direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 antara 29 April hingga 8 Mei lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, pemandu juga dikesan kerap menggunakan telefon tanpa alat bebas tangan sekali gus mengundang bahaya, lapor Sinar Harian.

“Peraturan jalan raya telah ditetapkan, menjadi tanggungjawab pengguna untuk sentiasa mematuhinya.

“Jangan kita bersikap sambil lewa sehingga mengabaikan aspek pemanduan berhemah dan mengakibatkan kemalangan berlaku,” kata Superintendan Azman Shariat.

Sebanyak 1,411 kes dicatatkan pada hari terakhir Op Selamat 18 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kemalangan sebanyak 15,947 kes.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,343 kes diikuti Johor (2,297), Perak (1,582), Kuala Lumpur (1,370) Pulau Pinang (1,310).


Pengarang :