Keadaan trafik berhampiran Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan dan Pusat Bandar bergerak perlahan sekitar 3 petang tadi. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Orang ramai disaran guna laluan alternatif, elak kesesakan Jalan Klang-Teluk Intan

SHAH ALAM, 5 MEI: Polis menasihatkan orang ramai supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas di Jalan Klang-Teluk Intan yang dijangka bermula esok hingga Ahad ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata pengguna dari arah Klang menghala Teluk Intan boleh menggunakan Laluan 54 (Kuala Selangor)-Kuala Lumpur-Jalan Kelab Golf-Jalan Kuala Selangor-Rawang (Bestari Jaya)-Jalan Kampung Hang Tuah-Jalan Timur Tambahan (Sungai Tengi)-susur keluar Bukit Tagar.

“Bagi pengguna dari arah Teluk Intan ke Klang, mereka boleh melalui Jalan Parit 4-Jalan Terusan Utama, Jalan Tanjong Karang-Rawang-Jalan Raja Musa-Jalan Kuala Selangor-Rawang (Bestari Jaya)-Ijok-Meru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata aliran trafik dijangka perlahan di sepanjang laluan kedua-dua arah tersebut bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam dan sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta berwaspada serta mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan.

– BERNAMA


Pengarang :