Pengunjung merakamkan persembahan pancuran air berirama sempena Aidilfitri di Laman Budaya Shah Alam. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Pancuran air irama lagu raya hingga hujung Syawal

SHAH ALAM, 22 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa orang awam ke Laman Budaya malam ini bagi menyaksikan persembahan pancuran air berirama sempena Aidilfitri.

MBSA memaklumkan pancuran Cahaya Aidilfitri pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad terbahagi kepada dua sesi iaitu 9 hingga 9.30 malam dan 9.45 hingga 10.15 malam sepanjang Syawal.

“Orang ramai dijemput hadir menyaksikan persembahan pancuran air berirama bertemakan lagu raya bagi menyemarakkan lagi suasana hari raya,” katanya menerusi Facebook.

Pancuran air berirama di Taman Tasik Shah Alam antara daya tarikan terbaharu di bandar Shah Alam sejak tahun lalu.

Persembahan pancuran air setinggi 40 meter dilengkapi dengan sistem diod pemancar cahaya (LED) dan audio itu turut diadakan ketika Ramadan lalu.


Pengarang :