Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA di Plaza Masalam Sabtu ini

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ di pekarangan tempat letak kereta Plaza Masalam Seksyen 9 di sini, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata ia akan beroperasi dari 11 pagi hingga 5 petang untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini menyediakan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran serta kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja di samping jualan buku pelan setara.

“Melaluinya, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.


Pengarang :