Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin menyerahkan sumbangan Aidilfitri Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) kepada wanita kurang berkemampuan di kawasannya pada 5 Mei 2022. Foto : Facebook Jamaliah Jamaluddin
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pekawanis Bandar Utama bantu ringan beban wanita B40 sambut Aidilfitri

SHAH ALAM, 6 MEI: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada 30 wanita kurang berkemampuan (B40) di kawasannya, semalam.

Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan itu adalah peruntukan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Bandar Utama.

“Sejumlah RM4,000 diperuntuk Pekawanis kepada setiap DUN untuk meringankan beban wanita ini dalam menyambut perayaan Aidilfitri.

“Antara barangan diberikan adalah minyak masak, kicap, beras, gula dan garam termasuk duit raya bernilai RM100 setiap seorang,” katanya kepada SelangorKini.

Jamaliah turut mengucapkan terima kasih kepada Pekawanis kerana tidak putus-putus membantu menyumbangkan pelbagai kelengkapan kepada wanita B40.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan hari raya Aidilfitri mereka dan Insya-Allah usaha ini akan berterusan dari semasa ke semasa,” katanya.


Pengarang :