Keadaan terkini banjir di Pekan Sekinchan. Beberapa taman perumahan dan balai polis turut dinaiki air. Foto Ahli Majlis Zon 3 Majlis Daerah Sabak Bernam Elis Miswan
AGENDANASIONAL

Pelajar Giat Mara cedera kena renjatan elektrik dalam banjir Sekinchan

SHAH ALAM, 26 MEI: Seorang pelajar lelaki Pusat Giat Mara Sekinchan, Sabak Bernam cedera terkena renjatan elektrik sewaktu banjir kilat semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 19 tahun memegang corong peniup di kawasan dinaiki air, lapor Kosmo!.

“Pemeriksaan mendapati pelajar berkenaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang corong peniup.

“Ketika kejadian, kawasan Giat Mara itu dinaiki air setinggi 0.5 meter,” katanya.

Norazam berkata mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut manakala pihak pengurusan premis diarah menutup semua bekalan elektrik.

Semalam hujan lebat antara 11 pagi hingga 2 petang menyebabkan kawasan utara Selangor dilanda banjir kilat.

Di Sekinchan lebih ribuan rumah selain premis awam termasuk balai polis dinaiki air hampir 0.5 meter selain banyak kenderaan terjejas dan rosak kerana tidak sempat dialih ke kawasan tinggi.


Pengarang :