Mohd Razzuan Rosli menyanyi dan bermain gitar untuk menghiburkan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Kampung Sungai Besar, Benut, Pontian pada 3 Mei 2022. FOTO Facebook Razzuan Rosli
AGENDANASIONAL

Pemuda nyanyi dan main gitar, hibur orang ramai terperangkap jalan sesak

PONTIAN, 8 MEI: Bagi menghiburkan pemandu jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan, Mohd Razzuan Rosli atau mesra disapa Razz menyanyi sambil bermain gitar di tepi jalan di Kampung Sungai Besar, Benut, di sini.

Gelagat Razz menyanyi dan bermain gitar turut dikongsikan pemuda berkenaan menerusi TikTok dan Instagram (IG) miliknya, Razzuan Rosli, lapor portal Harian Metro

Menurut Razz yang juga nak sulung daripada tujuh beradik, idea itu diberikan ibunya, Haslina Bachok, 57, yang melihatnya kerap menyanyi di dalam rumah.

“Saya lakukannya pada hari raya kedua dari jam 5 petang hingga 7 malam. Ikutkan memang malu tetapi saya lakukan kerana memikirkan tiada yang dengar nyanyian saya dengan jelas sebab tidak gunakan mikrofon.

“Pelbagai lagu saya nyanyikan termasuk lagu raya. Saya tidak sangka terima maklum balas positif pemandu apabila mereka membuka tingkap dan membunyikan hon,” katanya yang juga graduan Diploma Grafik di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor.

Gelagat Razz menghiburkan pengguna jalan raya boleh ditonton menerusi https://www.instagram.com/p/CdItsTwgznr/


Pengarang :