BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Penganjuran kejohanan seni bela diri Ahad ini, tawar cabutan bertuah

SHAH ALAM, 25 MEI: Jawatankuasa Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan akan menganjurkan Kejohanan Selangor Martial Arts XTIV di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ahad ini.

Pertandingan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan acara silat seni tempur dan tari sembah, taek wan do serta silambam.

Orang ramai turut disajikan dengan demonstrasi seni bela diri, senamrobik dan persembahan pemuzik jalanan sepanjang acara berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah pada hari tersebut.

Individu berminat boleh hubungi talian rasmi 012-7323709 atau 011-20994843 (silat), 012-2469671 (taek wan do) dan 014-5009000 (silambam).


Pengarang :