Sesi pembelajaran dijalankan pusat Anak Istimewa Selangor (AnIS) membantu kanak-kanak terlibat meningkatkan kemahiran diri dan boleh berdikari. Foto Facebook ANIS
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Permohonan bantuan khas Anis dibuka mulai lusa

SHAH ALAM, 15 MEI: Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) bagi tahun 2022 dibuka bermula 17 Mei ini.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Anis memaklumkan pendaftaran dibuka sehingga 31 Mei dan boleh dilayari menerusi laman sesawang www.anisselangor.com/bantuananis.

Bantuan diberikan secara sekali bayar (one-off) dengan had maksimum sehingga RM 5,000 bagi satu keluarga dan terbuka kepada anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah.

Anis turut memaklumkan objektif utama bantuan tersebut meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Selain itu bantuan juga mengurangkan beban pembelian peralatan khas atau mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.

Jenis bantuan terbabit adalah makanan, keperluan tambahan, pembelian atau pembaikan peralatan mesin, ubat-ubatan dan subsidi yuran (kelas terapi khas untuk anak istimewa).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55453170 / 03-54818800.

Berikut adalah cara penghantaran Borang Bantuan Khas Anis (BKA):

1. Muat turun borang PDF di laman web ANIS seperti yang tertera di atas (Rujuk link di bio)

2. Isi borang secara manual

3. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.


Pengarang :