Bakal jemaah haji bergambar selepas selesai menerima insentif Haji Muassasah di Masjid Al-Amaniah Gombak pada 20 Julai 2017. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKIN
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Permohonan insentif haji DUN Bukit Melawati, Rawang dan Sentosa kini dibuka

SHAH ALAM, 29 MEI: Permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 buat bakal jemaah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Rawang dan Sentosa kini dibuka.

Proses tersebut yang bermula sejak 23 Mei lalu akan berakhir pada 26 Ogos bagi DUN Bukit Melawati manakala DUN Rawang dan Sentosa sehingga 31 Ogos.

Antara syarat permohonan ialah individu itu mestilah warganegara Malaysia, beralamat di Selangor atau mendaftar di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) negeri ini.

Selain pemohon ditawarkan menunaikan haji dari TH bagi 1443 Hijrah atau 2023.

Jemaah haji yang layak boleh hadir ke pusat khidmat DUN masing-masing untuk pendaftaran.

Maklumat lanjut boleh hubungi DUN Bukit Melawati di talian 013-3345627, DUN Rawang (03-60912118) dan DUN Sentosa (03-33744595/03-33817602).

Insentif Haji Muassasah diselaras Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai tanda kepedulian dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada rakyat negeri ini yang bakal menunaikan haji.

 


Pengarang :