Ahli Dewan Negeri (ADN) Hasnul Baharuddin bercakap kepada Media Selangor selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 4 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF /SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Persembahan menarik di Morib Sabtu ini sempena tahun baharu India

SHAH ALAM, 5 MEI: Tarian kebudayaan India antara aktiviti dipersembahkan Sabtu ini sempena sambutan Tahun Baharu (Chittirai Puthandu) di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat.

Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharuddin berkata program bermula 6 petang hingga 11 malam itu turut melibatkan pelbagai aktiviti menarik bagi memberi nilai budaya kepada masyarakat.

“Demontrasi peralatan muzik kaum India akan diadakan selain aktiviti lain yang bersesuaian dengan kanak-kanak.

“Selaras dengan misi dan visi Kerajaan Negeri, kami mahu memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap nilai budaya khususnya kepada generasi muda,” katanya menerusi Facebook.

Hasnul yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor berkata dalam program berkenaan pihaknya memberi cenderahati kepada 100 pengunjung terawal sempena Hari Ibu yang disambut Ahad ini.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan Chittirai Puthandu ini,” katanya.


Pengarang :