Pemain perseorangan ketiga, Leong Jun Hao ketika berentap dengan pemain India H S Prannoy dalam suku akhir kejuaraan Piala Thomas 2022 pada 12 Mei 2022. Foto Twitter BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Piala Thomas: Malaysia tewas di tangan India, gagal ke separuh akhir

SHAH ALAM, 13 MEI: Malaysia gagal mara ke separuh akhir Piala Thomas 2022 selepas tewas kepada India pada perlawanan suku akhir malam ini.

Bernama menerusi Twitter melaporkan pemain perseorangan ketiga, Leong Jun Hao tewas kepada H S Prannoy dengan keputusan 21-13 dan 21-8 selepas kedudukan terikat 2-2.

Berikut keputusan perlawanan suku akhir Piala Thomas 2022 antara Malaysia dan India yang berlangsung di Impact Arena:

India 3 Malaysia 2

  • Lakshya Sen kalah kepada Lee Zii Jia 21-23, 9-21
  • Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty mn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-19, 21-15
  • Srikanth Kidambi mn Ng Tze Yong 21-11, 21-17
  • Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala kalah kepada Aaron Chia-Teo Ee Yi 19-21, 17-21
  • Prannoy H S mn Leong Jun Hao 21-13, 21-8

Pengarang :