Aliran trafik kelihatan lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban ketika tinjauan di Plaza Tol Sungai Besi pada 29 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Polis: Aliran trafik di Selangor dijangka sesak mulai Jumaat

SHAH ALAM, 4 MEI: Aliran trafik di negeri ini dijangka mengalami kesesakan teruk bermula Jumaat ini, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor.

Susulan itu, Superintendan Azman Shariat menasihati pengguna jalan raya untuk terus berhati-hati dan bertimbang rasa ketika memandu.

“Pertambahan jumlah sudah bermula pada hari ini tetapi kita jangka trafik sesak bermula Jumaat malam sehingga Ahad ini.

“Pengguna diingatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan berada di lorong kiri ketika berada di lebuh raya,” katanya kepada Selangorkini.

Azman memaklumkan, setakat semalam Selangor mencatat penurunan kes kemalangan pada Op Selamat Raya 2022 berbanding 2019 setakat semalam.

“Pada 2019, sebanyak 2,110 kes kemalangan direkodkan, namun pada tahun ini hanya 1,943 kes iaitu penurunan sebanyak 7.9 peratus.

“Begitu juga bagi kematian dan kemalangan maut, masing-masing mencatat penurunan 31.3 peratus iaitu 11 kes pada tahun ini berbanding 16 pada 2019,” katanya.


Pengarang :