Polis nasihat peminat sukan berbasikal berhati-hati ketika jalan raya.
AGENDA JENAYAH

Polis: Lelaki maut, basikal terbabas ketika turuni cerun di Cameron Highlands

IPOH, 22 MEI: Pembantu khas kepada seorang wakil rakyat maut, selepas terjatuh dari basikal dinaikinya ketika menuruni cerun di kawasan Jalan Simpang Pulai, petang tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki tersebut, Foo Hua Bin, 34, dipercayai sedang menuruni cerun dari Cameron Highlands-Simpang Pulai sebelum hilang kawalan, terbabas dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

“Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2.35 petang. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata orang ramai, khasnya peminat sukan berbasikal agar mengamalkan sikap berhati-hati di jalan raya, khususnya di kawasan cerun yang merbahaya selain memastikan aspek mekanikal basikal dalam keadaan baik, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

– BERNAMA


Pengarang :