Pesawat Maskargo sedia membawa peralaran perubatan ke kawasan yang memerlukan. Foto MAB Kargo Sdn Bhd
AGENDANASIONAL

Polis tumpas cubaan seludup dadah bernilai RM1 juta guna kurier, kargo KLIA

SEPANG, 19 MEI: Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kes berasingan, bulan ini.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman dalam sidang media di sini hari ini berkata dadah jenis syabu seberat 28 kilogram (kg), yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu dirampas di kawasan Kompleks Kargo KLIA pada 8 dan 11 Mei lepas.

Dalam kes 8 Mei, polis menemui 3kg dadah disorok dalam satu unit ketuhar gelombang mikro dipercayai untuk dihantar ke Tawau, Sabah, manakala pada 11 Mei pula, dadah seberat 25kg ditemui disorokkan dalam dua unit alat pembesar suara, untuk dihantar ke Tawau dan Kuching, Sarawak.

Imran berkata sindiket yang terlibat, dipercayai menggunakan syarikat penghantaran barangan yang baharu dibuka sekitar Lembah Klang.

“Siasatan mendapati pengirim menggunakan butir diri dan alamat palsu. Butir diri dan alamat penerima juga palsu,” katanya.

Setakat ini, katanya tiada tangkapan dilakukan dan proses siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Imran berkata pihaknya telah menggagalkan beberapa cubaan menyeludup dadah melalui Kompleks Kargo KLIA yang dianggarkan 56kg bernilai RM2 juta, sejak awal tahun ini

-BERNAMA


Pengarang :