Orang ramai membeli barang keperluan asas ketika Jualan Prihatin Rakyat Mega di Dataran Batu Laut, Kuala Langat pada 28 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Program jualan murah mega catat nilai keseluruhan lebih RM700,000

SHAH ALAM, 6 MEI: Jualan Prihatin Rakyat Mega sempena Aidilfitri kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di tujuh lokasi mencatatkan nilai keseluruhan sebanyak RM763,000.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan berkata jumlah berkenaan melebihi sekali ganda sasaran pihaknya iaitu RM300,000 sepanjang tiga hari program berlangsung.

“Jumlah ini sangat baik dan menggalakkan. Ini menunjukkan ramai penduduk dapat dibantu dalam menyediakan keperluan raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Nilai keseluruhan dicatatkan ini meliputi RM622,300 nilai jualan serta pemberian subsidi berjumlah RM140,700,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi kepada SelangorKini.

Beliau berkata PKPS akan meneruskan jualan bergerak menggunakan lori selepas sambutan Aidilfitri bagi meringankan beban belanja penduduk.

Minggu lalu, PKPS menganjurkan jualan barangan asas besar-besaran di tujuh lokasi iaitu Tanjung Sepat (28 April) dan Batang Kali (29 April).

Pada 30 April jualan sama dianjurkan di Kampung Pandan, Pandan Jaya, Padang Awam Batu Caves, Stadium Shah Alam dan Stadium Sabak Bernam.


Pengarang :