Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Ribut petir diramal di Selangor hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 25 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta negeri lain hingga 1 tengah hari ini.

Menurut agensi itu di Facebook, negeri atau kawasan lain ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :