Orang ramai menikmati juadah pada majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di pekarangan Stadium Jugra, Banting pada 19 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Rumah terbuka Aidilfitri berakhir esok di Petaling, Klang 

SHAH ALAM, 20 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri yang diadakan secara besar-besaran di sembilan daerah akan berakhir di Petaling dan Klang, esok.

Bagi rumah terbuka di Petaling, ia akan diadakan di Padang Awam MBSJ Puchong Indah mulai jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Majlis sebelah malam di Klang pula akan berlangsung di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Program yang berlangsung selama tiga jam iaitu pada sebelah petang atau malam itu dianjurkan sejak 15 Mei lalu di 10 lokasi terpilih.

Ia membabitkan lokasi di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang, dan Kuala Langat.

Hari ini, rumah terbuka berlangsung di Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor mulai jam 3 petang dan pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam bermula jam 4 petang.

Selain penyerahan sumbangan duit raya dan persembahan seni, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan serta beramah mesra dengan pengunjung pada rumah terbuka itu.


Pengarang :