Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghulurkan duit raya kepada tetamu kanak-kanak ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Sungai Tua di Dataran Sungai Tua pada 31 Mei 2022. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Sungai Tua meriah, lebih 7,000 tetamu hadir

GOMBAK, 31 MEI: Kira-kira 7,000 penduduk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Sungai Tua malam ini.

Majlis berlangsung di Dataran Sungai Tua itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Mohd Sany Hamzan, ADN Hulu Kelang Saari Sungip serta Penyelaras DUN Gombak Setia Rahim Kasdi turut hadir memeriahkan majlis.

Amirudin yang juga ADN kawasan turut meluang masa beramah mesra dengan tetamu selain mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak dan melawat gerai makanan.

Artis rock kapak era 1990-an iaitu Afee Utopia, Shafie Rio, Wom Ug14 dan Ann Ways tampil membuat persembahan bagi menghiburkan para tetamu.

Sebelum ini Kerajaan Selangor turut mengadakan rumah terbuka di seluruh daerah bermula 15 hingga 21 Mei bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.


Pengarang :