Orang ramai hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri PJ@Raya di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dataran Boulevard, Petaling Jaya pada 20 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka Aidilfitri Selangor berakhir di Petaling, Klang hari ini

SHAH ALAM, 21 MEI: Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Petaling dan Klang hari ini.

Rumah terbuka di Petaling diadakan di Padang Awam MBSJ Puchong Indah mulai jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Majlis sebelah malam di Klang pula berlangsung di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran bermula jam 8 hingga 11 malam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhammad turut menyerikan majlis termasuk sumbangan duit raya untuk kanak-kanak.

Rumah terbuka negeri diadakan selama seminggu di sembilan daerah sehingga 21 Mei bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.

Program selama tiga jam di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada 15 Mei lalu dihadiri 5,000 orang.

Sehari kemudian, majlis sama di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak pula menyaksikan kehadiran kira-kira 10,000 tetamu.

Pada 17 Mei, acara sama dianjurkan di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Hulu Langat dan BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 18 Mei.

Majlis rumah terbuka yang dihadiri tetamu berbilang bangsa kemudian diteruskan di Pekarangan Stadium Jugra, Banting, Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor pada 19 Mei dan Pekarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam semalam.


Pengarang :