SHAH ALAM, 15 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri yang menjelajah ke sembilan daerah dalam tempoh seminggu akan diadakan di lokasi seterusnya esok di Gombak.
Program selama tiga jam yang berlangsung pada sebelah petang atau malam sehingga 21 Mei ini bakal diserikan dengan acara sumbang duit raya dan persembahan seni.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan pengunjung pada rumah terbuka berkenaan.
1. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam
Tapak Pasar Ramadhan Taman Melawati
2. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)
3. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
4. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
Perkarangan Stadium Jugra, Banting
5. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
Stadium Tertutup Kuala Selangor
6. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 8 – 11 malam
Perkarangan Stadium Sungai Besar
7. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
Padang Awam MBSJ, Puchong Indah
8. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
Dataran Kompleks Sukan Pandamaran