Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Rumah terbuka Aidilfitri tutup tirai, lebih 7,000 tetamu hadir majlis di Klang

KLANG, 21 MEI : Rumah Terbuka Aidilfitri negeri menutup tirainya di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran, Klang hari ini dengan kehadiran lebih 7,000 tetamu.

Program bermula jam 8 hingga 11 malam itu diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohamad Zawawi Ahmad Mughni, Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Tony Leong Tuck Chee, ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zamanhuri dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan.

Pada masa sama, Amirudin turut mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak selain beramah mesra dengan tetamu.

Tetamu dihidangkan dengan aneka juadah antaranya nasi impit, sate, rendang, ayam golek, kuey teow, mi jawa, kuih-muih, apam balik, pulut hitam dan ais batu campur.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat) yang mendendangkan pelbagai lagu raya.

Rumah terbuka secara besar-besaran di sembilan daerah membuka tirai pada 15 Mei di daerah Hulu Selangor dan berakhir di Petaling dan Klang, hari ini.

Program yang diadakan sejak Ahad lalu bermula Hulu Selangor diikuti Gombak, Hulu Langat dan Sepang itu dihadiri ribuan pengunjung.

Majlis selama tiga jam juga berlangsung di Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan berakhir di Petaling serta Klang hari ini.


Pengarang :