Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang, Rozana Zainal Abidin dan petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Permatang dalam Majlis Sambutan Aidilfitri 2022 dan Rapat Mega #Kitasemuakeadilan Cabang Tanjung Karang di perkarangan PKM, Kuala Selangor pada 15 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Rumah terbuka DUN Permatang meriah, lebih 3,000 tetamu hadir

KUALA SELANGOR, 15 MEI: Sambutan Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang berlangsung meriah dengan kunjungan lebih 3,000 tetamu.

Ahli Dewan Negerinya Rozana Zainal Abidin berkata acara di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Permatang bagi meraikan penduduk setempat selepas dua tahun tidak dianjur akibat pandemik Covid-19.

“Kehadiran orang ramai berterusan dari pagi sampai ke penghujung program. Paling penting mereka kekal menjaga tatacara operasi piawai (SOP) walaupun negara sudah beralih ke fasa endemik.

“Diharap ikatan antara wakil rakyat dan penduduk bertambah erat melalui program seumpama ini kerana sudah dua tahun tidak menyambut hari raya bersama,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

Orang ramai yang hadir dalam Majlis Sambutan Aidilfitri 2022 dan Rapat Mega #Kitasemuakeadilan Cabang Tanjung Karang di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Kuala Selangor pada 15 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Program dari jam 10 pagi hingga 2 petang turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam pada itu, Rozana berkata sebanyak RM30,000 dibelanja bagi menjayakan program rumah terbuka besar-besaran kali ini yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Menurutnya peruntukan tersebut bagi menyajikan aneka juadah kepada orang ramai seperti nasi hujan panas, kambing bakar, soto, lemang, pisang goreng, cucur dan char kuey tiaw termasuk agihan duit raya kepada kanak-kanak.

“Alhamdulillah, makanan disediakan mencukupi dan diharap pengunjung berpuas hati dengan penganjuran kali ini,” katanya.


Pengarang :