Orang ramai menikmati hidangan yang disediakan dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka negeri bermula Ahad ini di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 12 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran anjuran Kerajaan Negeri akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan, Hulu Selangor pada 15 Mei ini.

Program selama tiga jam mulai 2.30 petang bakal diserikan dengan acara sumbangan duit raya oleh Dato’ Menteri Besar dan persembahan seni.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut dijadual berucap dan beramah mesra dengan hadirin setelah dua tahun majlis rumah terbuka dibatalkan akibat Covid-19.

Acara rumah terbuka negeri diadakan di semua sembilan daerah pada sebelah petang atau malam dalam tempoh seminggu hingga 21 Mei.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 – 5.30 petang
-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam
-Tapak Pasar Ramadhan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
-Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
-BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
-Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4-7 petang
-Pekarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

 


Pengarang :