Orang ramai menikmati hidangan yang disediakan dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Rumah terbuka negeri di sembilan daerah dalam tempoh seminggu mulai 15 Mei

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerajaan Negeri akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran di semua sembilan daerah dalam tempoh seminggu bermula 15 Mei ini.

Program selama tiga jam itu yang diadakan pada sebelah petang atau malam bermula di Hulu Selangor akan diserikan dengan acara sumbangan duit raya dan persembahan seni.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan hadirin setelah dua tahun majlis rumah terbuka dibatalkan akibat Covid-19.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 – 5.30 petang
-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam
-Tapak Pasar Ramadhan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
-Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
-BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
-Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4 – 7 petang
-Pekarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran


Pengarang :