Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad melawat gerai agensi kerajaan yang menyediakan pelbagai juadah dalam Majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di pekarangan Stadium Jugra, Banting pada 19 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Rumah terbuka negeri jelajah Kuala Selangor, Sabak Bernam petang ini

SHAH ALAM, 20 MEI: Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Kuala Selangor dan Sabak Bernam hari ini.

Program selama tiga jam mulai 3 petang diadakan di Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor manakala majlis di pekarangan Stadium Sungai Besar bermula 4 petang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhammad turut menyerikan majlis termasuk sumbangan duit raya untuk kanak-kanak.

Rumah terbuka negeri diadakan selama seminggu di sembilan daerah sehingga 21 Mei bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.

Tarikh dan lokasi majlis seterusnya seperti berikut:

1. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

2. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran


Pengarang :