Orang ramai menikmati juadah disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor pada 15 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Rumah terbuka negeri jelajah Taman Melawati, Gombak hari ini

SHAH ALAM, 16 MEI: Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor yang menjelajah ke sembilan daerah diteruskan hari ini di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak.

Program mulai 8 hingga 11 malam akan diserikan dengan acara sumbangan duit raya oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan persembahan seni.

Majlis rumah terbuka negeri diadakan selama seminggu selama 21 Mei ini bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19

Program itu membuka tirai semalam di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan diserikan kira-kira 5,000 pengunjung pelbagai bangsa.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 – 5.30 petang
-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam
-Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
-Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
-BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
-Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4 – 7 petang
-Pekarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

 


Pengarang :