Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu dalam Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 19 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Rumah terbuka PKNS meriah, lebih 2,000 tetamu hadir

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung.

Tetamu yang hadir dalam majlis bermula 11 pagi sehingga 4 petang itu antaranya Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari

Turut berkenaan hadir ke majlis tersebut Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj.

Hadir sama EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim, EXCO Perumahan Rodziah Ismail dan EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.

Amirudin ketika ditemui berkata majlis rumah terbuka pada tahun ini berlangsung meriah selain keterujaan orang ramai menyambutnya selepas dua tahun tidak diadakan akibat pandemik.

“Selain itu, kemeriahan majlis anjuran PKNS ini menunjukkan syarikat tersebut masih mempunyai jaringan perniagaan yang stabil walaupun sedikit terganggu disebabkan pandemik.

“Namun PKNS kini sedang merangka dan merencana semula perkembangan perniagaannya selepas ekonomi negara kembali dibuka,” katanya.

Orang ramai menghadiri Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 19 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :