Orang ramai menikmati hidangan yang disediakan dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka Selangor jelajah sembilan daerah mula di Hulu Selangor esok

SHAH ALAM, 14 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri menjelajah ke sembilan daerah dalam tempoh seminggu bermula esok di Hulu Selangor.

Program selama tiga jam yang berlangsung pada sebelah petang atau malam sehingga 21 Mei ini turut diserikan dengan acara sumbangan duit raya dan persembahan seni.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan pengunjung.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 – 5.30 petang
-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam
-Tapak Pasar Ramadhan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
Perkarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
Stadium Tertutup Kuala Selangor

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 8 – 11 malam
Perkarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
Dataran Kompleks Sukan Pandamaran


Pengarang :