Petugas ibadah korban memotong daging lembu untuk diagihkan kepada penduduk sekitar sempena Aidiladha di Stelvio Bukit Antarabangsa, Ampang pada 20 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sambut Aidiladha, negeri belanja lebih RM5 juta agih lembu, kambing

SHAH ALAM, 11 MEI: Lebih RM5 juta diperuntuk Kerajaan Negeri tahun ini bagi sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Julai.

Agihan melibatkan 1,000 ekor kambing dan 660 ekor lembu kepada wakil rakyat, masjid, surau terpilih dan badan bukan kerajaan (NGO), maklum EXCO pemodenan pertanian.

“Tahun lalu kita agih kambing dan sambutannya menggalakan jadi kita teruskan tahun ini dengan 1,000 ekor lagi, berat minimum 35kg seekor. Lembu pula 660 ekor dengan berat minimum 250 kg.

“Pihak masjid tidak perlu memohon kita akan serah nanti. Namun bagi NGO dan surau mereka perlu memohon jika mahu melaksanakan ibadah korban. Kita akan uar-uarkan nanti,” kata Ir Izham Hashim.

Tahun lalu, sejumlah RM5.05 juta diperuntuk bagi sumbangan korban yang ditaja sembilan anak syarikat Kerajaan Negeri.


Pengarang :