Penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 22 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sedia bantuan teknikal untuk daftar saringan kesihatan percuma

SHAH ALAM, 24 MEI: Kerajaan Negeri menyediakan dua kaedah bagi membantu orang ramai mendapatkan bantuan teknikal berhubung Selangor Saring, sebuah program saringan kesihatan percuma.

EXCO kesihatan awam berkata bantuan khidmat teknikal pelanggan itu boleh didapati melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang dihubungkan terus ke Telegram.

Menurut Dr Siti Mariah Mahmud, kaedah kedua pula boleh didapati dengan melayari laman web https://t.me/SELANGKAHMY_bot.

“Anda perlukan bantuan untuk menggunakan Selangor Saring? Sertai Telegram Selangor Saring atau layari laman web seperti yang tertera,” katanya di Facebook hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan selangorsaring.selangkah.my, hubungi talian Selcare 1-800-22-6600 atau Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor melalui drsitimariah.com/talian-suka/.


Pengarang :