Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Selangor, beberapa negeri dijangka hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 16 MEI: Selangor dan beberapa negeri iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diramal dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook turut mengeluarkan amaran sama bagi Hulu Perak, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan; Besut dan Setiu di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor serta Belaga, Bintulu dan Subis dan Miri di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :