Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor Fruit Valley terima lebih 900 pengunjung ketika Hari Wesak

SHAH ALAM, 19 MEI: Selangor Fruit Valley (SFV) menerima 928 pengunjung pada cuti umum sempena Hari Wesak Isnin lalu.

Pengurus Pemasarannya Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata jumlah yang dicatat pada 16 Mei itu adalah yang tertinggi pada bulan ini.

“Secara keseluruhan lebih 1,600 pengunjung hadir bagi tempoh tiga hari bermula dari Sabtu hingga Isnin lalu,” katanya pada SelangorKini.

Beliau memaklumkan SFV juga menambah aktiviti pancing itik mainan untuk kanak-kanak sebagai tarikan baharu yang memberi peluang mereka memenangi hadiah.

Terletak di Bestari Jaya, SFV membabitkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Jumlah pengunjung SFV tertinggi direkodkan pada 1 Februari lalu dengan 1,227 orang.


Pengarang :