Pekerja memeriksa kualiti sarung tangan yang dihasilkan sebelum dipasarkan ke luar dan dalam negara ketika tinjauan di Kilang Top Glove Meru, Klang pada 26 Ogos 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor kekal rekod nilai pelaburan tertinggi, buka 14,393 peluang kerja

SHAH ALAM, 12 MEI: Selangor terus mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara bagi sektor pembuatan berjumlah RM7.5 bilion tahun lalu, yang menyumbang 14,393 peluang pekerjaan.

Dato’ Menteri Besar berkata rekod melalui 247 projek bukti keyakinan kukuh pelabur terhadap ekosistem perniagaan negeri di sebalik cabaran pandemik Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan kejayaan itu juga diraih dalam suasana kelembapan ekonomi serta kekurangan misi promosi luar negara akibat penutupan sempadan antarabangsa.

“Sejak 2017, hampir 84,000 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan telah tercipta. Pelaburan bernilai tinggi terus menjadi tumpuan kerajaan.

“Selain peluang pekerjaan berkualiti, ia juga merupakan bukti kestabilan serta dasar Kerajaan Negeri yang tepat,” katanya di Facebook hari ini.

Melalui perkongsian infografik di laman sama, sebanyak 1,329 projek pembuatan dijana negeri dengan 83,934 peluang pekerjaan tersedia antara 2017 hingga 2021.


Pengarang :