Laman sesawang Selangor Kerjaya menawarkan pelbagai maklumat untuk pencari kerja serta majikan mendapat tenaga kerja menepati kekosongan jawatan.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor Kerjaya bantu 1,300 individu dapat kerja, dilatih tingkat kemahiran diri

SHAH ALAM, 27 MEI: Seramai 1,300 individu memperoleh pekerjaan menerusi program Selangor Kerjaya sejak diperkenal pada Januari tahun lalu.

Pengurus program Firdaus Rahim berkata ketika ini terdapat 1,015 kekosongan untuk pelbagai jawatan di 324 syarikat masih tersedia menerusi platform Selangor Kerjaya.

“Pencari kerja boleh layari laman sesawang https://www.selangorkerjaya.com.my/ untuk mendaftar dengan melengkapkan borang pendaftaran serta perlu memuat naik resume dan melengkapkan ujian profil pintar.

“Individu yang berjaya akan dipanggil menghadiri temu duga dan apabila diambil bekerja, mereka turut diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran diri,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata orang ramai juga boleh mengikuti menerusi Facebook Selangor Kerjaya bagi mengetahui lokasi karnival kerjaya yang dianjur pada setiap bulan.

“Esok kita akan adakan di Rekascape Cyberjaya bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dengan 100 peluang pekerjaan ditawarkan,” katanya.

Selangor Kerjaya merupakan inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi memacu ekonomi rakyat melalui padanan kerjaya bersesuaian dan berkesan.

Dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 Januari 2021, Selangor Kerjaya merupakan program pengurusan bakat dan tenaga kerja yang bakal memanfaatkan 10,000 individu yang mencari pekerjaan di Selangor.


Pengarang :