Keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan bergerak perlahan sekitar 3 petang pada 2 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDASELANGOR

Selangor rekod 1,943 kemalangan sepanjang Op Selamat

SHAH ALAM, 4 MEI: Selangor mencatatkan 1,943 kes kemalangan sepanjang Op Selamat, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor.

Menurut Superintendan Azman Shariat, daripada jumlah itu sebanyak 293 kes kemalangan direkodkan semalam.

“Sebanyak 11 kes kemalangan maut direkodkan dan harapan kita pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, keadaan trafik terutama di kawasan bandar adalah lancar, namun pemantauan diteruskan khususnya di Kuala Selangor yang mencatatkan jumlah kenderaan yang tinggi.


Pengarang :