EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim bercakap kepada media sempena Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 12 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor sasar potensi pelaburan RM28 bilion tahun ini

SHAH ALAM, 12 MEI: Kerajaan Selangor yakin mampu menarik potensi pelaburan sehingga RM28 bilion berdasarkan prestasi suku pertama tahun ini.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata lebih RM7 bilion pelaburan direkodkan setakat ini, yang merupakan petanda baik dan memberangsangkan.

“Sektor pelaburan dan perniagaan menunjukkan momentum baik. Kita yakin mampu capai sasaran,” katanya pada sidang media Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini hari ini.

Selangor terus mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara bagi sektor pembuatan berjumlah RM7.5 bilion tahun lalu, yang menyumbang 14,393 peluang pekerjaan.

Dato’ Menteri Besar berkata rekod melalui 247 projek bukti keyakinan kukuh dalam kalangan pelabur terhadap ekosistem perniagaan negeri di sebalik cabaran pandemik Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan kejayaan itu juga diraih dalam suasana kelembapan ekonomi serta kekurangan misi promosi luar negara akibat penutupan sempadan antarabangsa.


Pengarang :