Mukhairi Ajmal, salah seorang pemain Selangor FC yang dipanggil menyertai skuad Malaysia B-23 ke kejohanan Piala Asia AFC bawah 23 tahun. Foto Facebook SELANGOR FC
AGENDASELANGORSUKANKINI

Sembilan pemain Selangor perkuat Harimau Muda ke Piala Asia AFC

SHAH ALAM, 28 MEI: Sembilan pemain Selangor FC dipanggil pengendali skuad B-23 kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala Asia AFC bawah 23 tahun di Uzbekistan bermula 1 Jun ini.

Menurut pasukan Gergasi Merah, pemain yang dipanggil Brad Maloney ialah Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Azrin Afiq, Quentin Cheng, Fahmi Daniel, Faiz Amer, Danial Asri dan Syahir Bashah.

Kesemua pemain itu telah berlepas semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menjalani latihan empat hari sebelum kejohanan berlangsung.

“Skuad muda negara diundi dalam Kumpulan C akan menentang Korea Selatan pada 1 Jun, diikuti Thailand (4 Jun) dan Vietnam (7 Jun). Harimau Muda perlu menjadi dua pasukan terbaik dalam kumpulan bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

“Selangor FC mengucapkan selamat berjuang kepada skuad bawah B-23 negara dalam Piala Asia AFC Bawah 23 tahun ini. Bangkit Harimau Muda,” katanya dalam kenyataan.

Sebanyak 16 negara dari Asia mengambil bahagian dan dibahagikan kepada empat kumpulan terdiri daripada empat pasukan bagi setiap kumpulan.

Juara setiap kumpulan dan empat pasukan terbaik daripada naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati Kejohanan AFC U23 2022.


Pengarang :