Hasnah Diran, 65, (tiga kanan) bersama rakan dan cucunya menonton siaran langsung Program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor di Flat Kelompok Camar, Ampang pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Senandung Aidilfitri papar sketsa inisiatif Selangor bantu rakyat ketika Covid-19, banjir

SHAH ALAM, 3 MEI: Program Senandung Aidilfitri mempersembahkan sketsa berkaitan rakyat berdepan pandemik dan bencana banjir.

Sketsa sempena Aidilfitri itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu banjir, rebut raya, kampung halaman, dapur raya dan kita bangkit bersama.

Dilakonkan oleh Azlee Senario, Raja Azura atau Kak Engku dibantu oleh Bell Ngasri dan Sissy Imann.

Sketsa pertama berkaitan banjir berkisar mengenai bantuan Kerajaan Negeri iaitu program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan program Iltizam Selangor Sihat.

Manakala sketsa rebut raya pula berkaitan bantuan Kerajaan Negeri dalam program bina baru dan baik pulih iaitu lebih RM114 juta dibelanjakan kepada 114,000 keluarga mangsa banjir sehingga Disember tahun lalu.

Selain itu, sketsa ketiga memaparkan berkaitan kampung halaman manakala keempat pula dapur raya iaitu inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat menerusi pelaksanaan Jualan Prihatin Rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sketsa terakhir yang menampilkan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah mengisahkan Kita Bangkit Bersama iaitu Bantuan Selangor Bangkit (BSB) dan baucar Jom Shopping bernilai RM100.

Senandung Aidilfitri kali pertama disiarkan tahun lalu ketika larangan balik kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan disiar di portal selangortv.my dan Facebook Media Selangor atau menerusi saluran YouTube di https://youtu.be/6xJGAZKNZWM


Pengarang :