Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, Kajang pada 17 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sepanjang minggu serata daerah, puluhan ribu hadir rumah terbuka negeri

SHAH ALAM, 19 MEI: Pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor yang berlangsung di empat daerah setakat 18 Mei.

Program selama tiga jam di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dihadiri 5,000 orang pada 15 Mei.

Sehari kemudian, majlis sama di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak pula menyaksikan kehadiran kira-kira 10,000 tetamu.

Pada 17 Mei, acara sama dianjurkan di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Hulu Langat dan BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 18 Mei.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhammad turut menyerikan majlis termasuk sumbangan duit raya untuk kanak-kanak.

Rumah terbuka negeri diadakan selama seminggu di sembilan daerah sehingga 21 Mei bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.

Tarikh dan lokasi majlis seterusnya seperti berikut:

1. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

2. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
-Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor

3. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4 -7 petang
-Pekarangan Stadium Sungai Besar

4. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

5. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

 


Pengarang :