EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi SIDEC, Loo Chuan Boon (kanan) memperkenalkan logo Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 12 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

SIBS 2022 tawar 850 tapak pameran, yakin disertai pelabur asing

SHAH ALAM, 12 MEI: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 menawarkan 850 tapak pameran sepanjang program yang berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober depan.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata daripada jumlah berkenaan, 20 peratus tapak dijangka melibatkan pelabur luar negara.

“Setakat ini 40 peratus tapak sudah ditempah pelbagai pihak. Selangor yakin SIBS menjadi ekspo perdagangan terbesar dan pilihan utama di rantau ini berdasarkan kepada pembukaan semula sempadan negara.

“Pelabur dan peniaga asing akan menjadikan Malaysia sebagai pilihan mengembangkan perniagaan. Kami yakin penyertaan pelabur antarabangsa tinggi tahun ini,” katanya pada sidang media di Pusat Convention MBSA di sini hari ini.

Beliau berkata sepanjang empat hari program diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pihaknya menyasarkan potensi jualan sehingga RM350 juta dan mampu menarik 30,000 pengunjung.

SIBS tahun ini menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan)dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.

Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor; Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia turut diketengahkan.

Tahun lalu, Chang Khim memakluman SIBS merekodkan nilai transaksi mencecah RM1.13 bilion sepanjang tujuh tahun penganjurannya dengan menyediakan 2,951 tapak pameran buat peserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selain menerima 95,451 pelawat dari dalam dan luar negara.


Pengarang :